SURATAN ATAU KEBETULAN ...sesuatu yang tak disangka, seringkali mendatangi kita, itukah suratan dalam kehidupan, atau hanya satu kebetulan....



Saturday, February 27, 2016

BELATED BIRTHDAY - JALAN-JALAN TENGOK TEMPAT BARU

JALAN-JALAN

Assalam...jumpa lagi disini, sebenarnya planning untuk ke Cameron Highland memang setiap tahun 13hb Februari tapi atas sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan tepaksalah ditangguhkan seminggu selepas, so bertolaklah saya ke Cameron Highland pada 20hb Februari 2016 bersama husband, saya cuba untuk membawa anak saya, tapi dia tak dapat pergi bersama biarpun keinginan itu ada, lebih2 lagi dia nak bersama saya, takpelah..biasalah bila dah jadi milik orang, harapan ibu sendiri pun terpaksa tolak ketepi, saya redha, takpe...dah biasa berdua bersama husband kemana2.  Kami menginap ditempat biasa di Country Lodge di Brincang, tempat istimewa bagi saya, tempat meyenangkan hati, penuh cerita, memori, bila datang disinilah saya menginap sejak bertahun, kalau datang lebih berdua saya menyewa apartment dan kalau berdua saje, cukuplah bilik, itupun sudah selesa sangat. Kami bermalam dua malam, tiga hari. Cukuplah untuk aturcara saya sepanjang tiga hari disini.  Sebenarnya tiada kemana sangat pun, ialah dah tiap2 tahun, cuma mencari dan mengintai tempat2 baru, dan kebetulan saya mencari benih2 bunga, juga pasu2 untuk aktiviti dan hobi saya nanti.


(bila berdua  selfe setakat inilah saje)

Bila di Brincang saya tak pernah lupa tempat zaman kanak-kanak saya.  Balai Bomba, setiap tahun saya akan berposing disini...wajib Insyaalah selagi usia terdaya. banyak memori disini, suka duka (yg banyak tentulah duka, apapun zaman itu amat terkesan dihati saya, Saya akan menghabiskan masa sejam dua disini, setiap tempat, sudut ada ceritanya..biarpun tempat itu telah banyak berubah, makin cantik, kemas dan luas, kenangan dan detik itu amat terpahat dihati saya..hmmm ketika itu usia sekitar 9 - 10 tahun tapi ingatan saya masih kuat...pot pet pot pet saya asyik bercerita tanpa jemu pada husband saya,. Alhamdulillah dia amat memahaminya, itu saje permintaan saya setiap kali Februari menjelma.  Terima kasih kerana menunaikannya, biarpun terlewat tak mengapa. Saya puas hati.



(Tahun lepas saya berposing disini dengan emak dan husband, tahun ini saya sendirian)


Seperti orang lain juga jika ke Cameron Hihgland pasti merayau kepasar2, tidak ketingalan saya, segalanya seperti dulu2 juga, biarpun tidak sesak kerana baru lepas cuti sekolah, cuti raya china, so Kg Raja, Brincang tidaklah asyik jem...begitu juga pasar malam juga bandar Brincang, semoga satu hari nanti Bandar Brincang bersih, pembangunannya biarlah teratur (ooopss nak komen sikit, sekarang ini pembangunannya berserabut, ditambah dengan bangunan tinggi2, didirikan macam ikut sempat je, dekat antara satu sama lain, tak teratur langsung) kesian bandar Brincang, sepatutnya bandar sejuk, ciri-ciri luar negara itu ada, sekurang2nya boleh berangan macam kat luar negara, tapi semua itu takde...kesian Cameron Highland...nama je macam tempat mat saleh, tapi yang ramainya disini bukan mat saleh hahaha....Dalam pusing2 melihat dan mencari tempat baru, yang sempurna saya ternampak iklan banyak terpasang ditiang2 lampu, dan akhirnya saya sampai disini...menarik, orang melayu, kawasan melayu, biarpun kawasan agak padat dengan bisnes yang sama, tapi saya tertarik yang satu ini....200 Seeds..katanya orang kita melayu, anak muda, yang memang orang Cameron Hihgland..baguslah tu, mungkin tempat baru, nampak cantik, yang pasti tiada bayaran dikenakan untuk masuk, boleh tengok2 tanaman buah strawberry, (hmm mungkin boleh petik gak, tak perasan saya) boleh makan2 dengan selesa, halal, juga sedap...yang melayan budak2 muda, peramah...Kg Sedia...cantik namanya...


(abang strawberry...memang abang2 semuanya disini, dari pelayan, tukang masak sampai kekedai cenderhati juga abang (hmmm bagi saya semua anak2 muda)


Siapa saje ke Cameron Highland akan mencari sayur-sayuran, memang murah, setakat 7 jenis RM10- boleh penuh bonet kereta, tapi kerana tujuan dan target saya nak mencari pasu dan benih bunga murah-murah, so dapatlah saya angkut 35 biji pasu gantung dan beberapa anak2 pokok bunga yang dikatakan boleh ditanam ditempat panas...tengoklah nanti berapa lama boleh hidup. Sebaik balik rumah, siap saya dan husband mengantungnya...Alhamdulillah niat dan hajat saya, untuk pondok bunga dirumah, tempat saya merelekkan diri, menghijaukan pandangan mata...Insyaalah akan diperbaiki lagi, masih mencari lagi anak2 pokok bunga dan harapnya tak le sampai jadi macam nesery pulak....aduiii orang kata kalau tangan sejuk menanam semua menjadi, pada saya tengoklah, berbunga atau tidak, jangan lebat daun, bunganya tidak menjadi, biarpun dibelai, dijaga dan dibaja.

Saturday, February 13, 2016

I WHO HAVE NOTHING...HAPPY BIRTHDAY TO ME

I WHO HAVE NOTHING...HAPPY BIRTHDAY TO ME



Assalam....hari ini hari ulang tahun saya yang ke 62 tahun, tiada sambutan, tiada perayaan, tiada makan angin atau jalan2 cari makan, saya terperap dirumah bersama suami tercinta, tiada anak2 mengunjungi, malah tiada apa2 pun...malah saya tak punya harta yang melimpah ruah untuk dibanggakan kecuali saya bersyukur padaNya kerana diusia begini sayal diberi kesihatan yang baik, malah bertambah baik dari sebelumnya...Alhamdulillah syukur....mungkin itulah yang terbaik untuk saya untuk lebih mendekatiNya...mungkin nasib dan takdir ini tidak  pada orang lain, apa pun saya redha.


Hari ini juga bunga ros putih ini sudah berusia setahun dibawah jagaan saya, dibeli ketika saya bercuti sempena ulangtahun saya yang lepas bersama emak, saya tanam dan menjaga hinga dia berbunga kembang, sepanjang untuk sampai setahun bertukar musim bunga ros ni sentiasa berbunga, hinggalah sesuatu "malang tidak berbau" saya tidak lagi bersama emak, tidak lagi menjaganya, dan tidak lagi tinggal bersamanya, saya kembali semula kerumah dan meninggal pasu bunga ros putih ini tanpa dijaga, dan akhirnya hidupnya mati segan tak mau, nasib baik saya sempat mengambilnya kembali, biarpun harapan untuk dia segar tak mungkin pulih, puas dibaja, dibelai, ternyata ros putih ini terus kurus mengering. Saya  tak putus asa, terus menanti, dan akhirnya tanpa disangka, dia masih berbunga biarpun sekuntum hari ini , terima kasih cik bunga ros, seolah satu pemberian hadiah untuk saya pengemar bunga ros (hmmm masa muda2 dulu yg memikat rajin sangat hantar bunga ros, bila dah tua2 ni nampak gaya tanam sendirilah)


Terima kasih ros putih, biar pun kecil ianya masih memberi harapan, semoga kembang mekar dan terus hidup.  Saya sabar menanti.

Cerita ini sebenarnya membayangkan kehidupan saya, bagi yang faham, bagi yang tidak anggap sajelah cerita basi, atau apa saja...saya tetap saya, dengan kehidupan saya, cara hidup saya.  Saya percaya padaNya, dia yang menentukan apa terbaik, apa pembalasan dan apa saja dalam kehidupan ini. Syukur padaNya kerana saya tetap saya, pendirian saya.  Sempena ulangtahun saya, saya pohon ribuan ampun maaf, pada keluarga saya, kerana yang buruk dan tak baik itu datang dari saya, yang baik-baik itu untuk anda semua.  Pada anak2 saya (hmm macam ramai sangat) walhal saya mempunyai dua orang anak perempuan yang sudah punya keluarga mereka sendiri..Tak mengapa, semoga kamu berdua bahagia menjalani kehidupan sendiri. Hidup ini terlalu keras dan sukar, ada turun naiknya,  semoga kamu berjaya mengharunginya....Mama doakan yang terbaik untuk semua biarpun bagi kamu mama bukan ibu terbiak untuk kamu. Terima kasih semua....happy birthday to me :-)

Wednesday, February 10, 2016

HOBI BARU

Assalam...dah lama tak menjenguk kat sini, mode dah kelaut, sebenarnya teringin gak nak menulis kat blog ni, tapi dek sebabkan masalah teknikal komputer dan handphone yg terlampau canggih sampai tak reti nak menggunakan...apapun kita buat diakan....

So ari ni nak membebel bab hobi lak..hobi baru selain masak memasak...sebenarnya hobi ni dah lama ada cuma masa tak kena, dah bersara ni Alhamdulillah...kita mengabiskan duit dengan membeli bunga..memang minat sangat dengan bunga2 ros ni, tapi bunga ros biasa memang susah dijagakan, ada beberapa pasu semua dah mati, yg masih selamat tinggal sepasu je lagi, beli masa ke CH tahun lepas...itupun macam tak lama je nyawanya...its ok beralih ke ros jugak tapi ros jepun...benih beli kat online..,Alhamdulillah, masih dalam persemaian.....


Insyaallah akan digantung pasunya sedikit hari lagi

hahaha yg ni bagi saya unik...idea dari satu blog, dia tanam bawang, kita tanam bunga ros jepun :-)

tak cukup semai kat pasu, kita semai je kat tepi2 rumah yg kawasannya sekangkang kera ni..oklah kot :-)...tunggu jelah dengan sabar "musim berbunga"nya nanti...

Yang ni pokok pudina...dah hampir setahun usianya, beli kat CH, ingatkan tak panjang usianya..ternyata senang je hidupnya, dari pasu kecil dia membiak, lebih2 lagi memang gunapun daunnya untuk masak, untuk buat detox, tak payah beli dah... :-)