JALAN-JALAN
Assalam...jumpa lagi disini, sebenarnya planning untuk ke Cameron Highland memang setiap tahun 13hb Februari tapi atas sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan tepaksalah ditangguhkan seminggu selepas, so bertolaklah saya ke Cameron Highland pada 20hb Februari 2016 bersama husband, saya cuba untuk membawa anak saya, tapi dia tak dapat pergi bersama biarpun keinginan itu ada, lebih2 lagi dia nak bersama saya, takpelah..biasalah bila dah jadi milik orang, harapan ibu sendiri pun terpaksa tolak ketepi, saya redha, takpe...dah biasa berdua bersama husband kemana2. Kami menginap ditempat biasa di Country Lodge di Brincang, tempat istimewa bagi saya, tempat meyenangkan hati, penuh cerita, memori, bila datang disinilah saya menginap sejak bertahun, kalau datang lebih berdua saya menyewa apartment dan kalau berdua saje, cukuplah bilik, itupun sudah selesa sangat. Kami bermalam dua malam, tiga hari. Cukuplah untuk aturcara saya sepanjang tiga hari disini. Sebenarnya tiada kemana sangat pun, ialah dah tiap2 tahun, cuma mencari dan mengintai tempat2 baru, dan kebetulan saya mencari benih2 bunga, juga pasu2 untuk aktiviti dan hobi saya nanti.
(bila berdua selfe setakat inilah saje)
Bila di Brincang saya tak pernah lupa tempat zaman kanak-kanak saya. Balai Bomba, setiap tahun saya akan berposing disini...wajib Insyaalah selagi usia terdaya. banyak memori disini, suka duka (yg banyak tentulah duka, apapun zaman itu amat terkesan dihati saya, Saya akan menghabiskan masa sejam dua disini, setiap tempat, sudut ada ceritanya..biarpun tempat itu telah banyak berubah, makin cantik, kemas dan luas, kenangan dan detik itu amat terpahat dihati saya..hmmm ketika itu usia sekitar 9 - 10 tahun tapi ingatan saya masih kuat...pot pet pot pet saya asyik bercerita tanpa jemu pada husband saya,. Alhamdulillah dia amat memahaminya, itu saje permintaan saya setiap kali Februari menjelma. Terima kasih kerana menunaikannya, biarpun terlewat tak mengapa. Saya puas hati.
(Tahun lepas saya berposing disini dengan emak dan husband, tahun ini saya sendirian)
Seperti orang lain juga jika ke Cameron Hihgland pasti merayau kepasar2, tidak ketingalan saya, segalanya seperti dulu2 juga, biarpun tidak sesak kerana baru lepas cuti sekolah, cuti raya china, so Kg Raja, Brincang tidaklah asyik jem...begitu juga pasar malam juga bandar Brincang, semoga satu hari nanti Bandar Brincang bersih, pembangunannya biarlah teratur (ooopss nak komen sikit, sekarang ini pembangunannya berserabut, ditambah dengan bangunan tinggi2, didirikan macam ikut sempat je, dekat antara satu sama lain, tak teratur langsung) kesian bandar Brincang, sepatutnya bandar sejuk, ciri-ciri luar negara itu ada, sekurang2nya boleh berangan macam kat luar negara, tapi semua itu takde...kesian Cameron Highland...nama je macam tempat mat saleh, tapi yang ramainya disini bukan mat saleh hahaha....Dalam pusing2 melihat dan mencari tempat baru, yang sempurna saya ternampak iklan banyak terpasang ditiang2 lampu, dan akhirnya saya sampai disini...menarik, orang melayu, kawasan melayu, biarpun kawasan agak padat dengan bisnes yang sama, tapi saya tertarik yang satu ini....200 Seeds..katanya orang kita melayu, anak muda, yang memang orang Cameron Hihgland..baguslah tu, mungkin tempat baru, nampak cantik, yang pasti tiada bayaran dikenakan untuk masuk, boleh tengok2 tanaman buah strawberry, (hmm mungkin boleh petik gak, tak perasan saya) boleh makan2 dengan selesa, halal, juga sedap...yang melayan budak2 muda, peramah...Kg Sedia...cantik namanya...
(abang strawberry...memang abang2 semuanya disini, dari pelayan, tukang masak sampai kekedai cenderhati juga abang (hmmm bagi saya semua anak2 muda)
Siapa saje ke Cameron Highland akan mencari sayur-sayuran, memang murah, setakat 7 jenis RM10- boleh penuh bonet kereta, tapi kerana tujuan dan target saya nak mencari pasu dan benih bunga murah-murah, so dapatlah saya angkut 35 biji pasu gantung dan beberapa anak2 pokok bunga yang dikatakan boleh ditanam ditempat panas...tengoklah nanti berapa lama boleh hidup. Sebaik balik rumah, siap saya dan husband mengantungnya...Alhamdulillah niat dan hajat saya, untuk pondok bunga dirumah, tempat saya merelekkan diri, menghijaukan pandangan mata...Insyaalah akan diperbaiki lagi, masih mencari lagi anak2 pokok bunga dan harapnya tak le sampai jadi macam nesery pulak....aduiii orang kata kalau tangan sejuk menanam semua menjadi, pada saya tengoklah, berbunga atau tidak, jangan lebat daun, bunganya tidak menjadi, biarpun dibelai, dijaga dan dibaja.