SURATAN ATAU KEBETULAN ...sesuatu yang tak disangka, seringkali mendatangi kita, itukah suratan dalam kehidupan, atau hanya satu kebetulan....



Friday, December 31, 2010

SELAMAT TAHUN BARU - 2011




DEMI masa yang terus berlalu, tahun berganti lagi, selamat tinggal tahun 2010, tahun yang penuh sejarah hitam, tahun yang penuh malang bagi diri aku dan juga dalam rumahku.

Sejenak untuk mengimbau kenangan pahit ini. Ianya sudah nampak di awal tahun 2010 lagi akan tanda-tandanya cuma aku tidak mengambil endah atau berkira sangat, masih bertahan dengan seribu kerenah, masih cuba bertahan dengan seribu rentak dan tarinya. Semakin lama akhirnya retak itu semakin membelah dan akhirnya hancur berkecai. Hilang segala kepercayaan, kejujuran bila ditipu dan dipermainkan oleh orang yang kita percaya dan sayang. Biarlah waktu dan kenangan pahit itu terus berlalu dan meninggalkan parut dan kesan yang begitu mendalam. Hingga kini "keserabutan" itu masih ada, masih tidak nampak jalan penghujungnya, dan dia juga nampaknya sudah tidak tahu jalan pulang, tapi jauh disudut hati masih mengharap dan berdoa, mengharap keajaiban berlaku. Mengharap dia kembali dalam keadaan diri dia sendiri, sebagaimana dia keluar dari rumah empat bulan dulu, tiada ikatan dengan orang lain, bukan pulang untuk memohon maaf sekadar ucapan setelah membuat silap( maaf kerana aku bukan seorang yang senang memberi maaf kerana selama 25 tahun segala silapnya yang berat aku selalu maafkan, tapi tidak kali ini) Semoga tuhan memberi kekuatan untuk menempuh hari-hari mendatang, hari-hari yang bakal aku akan lalui menuju "pesaraan"ku, mohon diberi tuhan akan ketenangan kedamaian dan kesihatan yang baik. Biarpun segala harapan aku punah dan hancur, biarpun segala rancangan "persaraan" ku berderai, harapan tinggal harapan dan masih adakah sinar yang bakal menanti ditahun 2011 atau adakah aku masih keseorangan begini, merintih dan merayu.....Ya Allah Ya Tuhanku, Kau Yang Maha Mengetahui lagi Maha Pengampun, hanya pada Kau aku berserah....








p/s: hanya aku, kau dan dia yang tahu apa sebenarnya, aku tidak mampu melawan takdir, rasa kesal dihatiku sungguh mendalam, segala pengorbananku sia-sia, tinggal sedikit lagi usahaku tapi siapa sangka, akhirnya aku kecundang....kemaafan yang tidak terampun...jika itu yg kau pinta..

Saturday, October 23, 2010

TEH MISAI KUCHING - KERANA DIRIKU BEGITU BERHARGA...

teh misai kuching buatan sendiri (no brand)

SALAM

Satu kebiasaan, satu kemestian, dalam diri yang semakin berusia, keperluan rawatan tradisioanal menjadi amalan hidupku, cakaplah apa saja, berilah apa alasan perubatan tradiosional dan amalan biar dipandang remeh tapi aku yakin, ubat2 modern hanya sampingan. Taksalah kalau nak kata, makan dan amal apapun kalau dah nak sakit..pasti sakit juga. Itu benar, tapi apa salahnya kita mulakan dari waktu usia remaja, tak salah atau rugi apa2 menjadikan satu amalan, tanamkan dalam diri, “nak cantik dalam diri, pastinya berbaloi”…biarpun memakan masa.

Disamping amalan2 biasa, biasakan diri minum teh misai kuching, memang banyak dipasaran, dan ada beberapa jenama yang keluar, harganya pasti juga semua orang mampu, tapi dirumah ini yang tanahnya hanya sekangkang kera, dan menjadi hobi menanam, pokok misai kuching hidup subur, juga menjadi perhiasan renek. Dan dari kering dan membazir, dikutip daun segarnya, basuh sebersih yg boleh, dikeringkan dipanas matahari dalam beberapa hari, kemudian diramas pelahan dan dimasukkan dalam blend, blend kasar. Biarkan sehari dua agar benar2 kering, masukkan sesudu kedalam tea bag (ada dalam pasaran), simpan ditempat kering. Jadikan amalan minuman waktu2 terluang, enak diminum sewaktu suam2 kuku. (pastinya dipejabat untuk hilangkan stress).

Namanya memang pelbagai, daripada misai kucing, rumujung di kepulauan Jawa, teh Jawa dan yaa nuat maeo di Thailand.

Apa sekalipun nama gelarannya, pohon herba yang lebih dikenali sebagai misai kucing di negara ini atau nama saintifiknya, orthosiphon staminues, kian mendapat tempat di kalangan pelbagai lapisan masyarakat lantaran khasiat semula jadi tumbuhan berkenaan.

Berdasarkan kajian, daunnya yang sudah dikeringkan bersifat diuretik apabila daun berkenaan terdiri daripada sebatian kimia orthosifonin dan garam kalium. Ia adalah bahan utama yang membantu melarutkan asid urik, fostat dan oksalat dalam ginjal. (kajian dalam ubatan herba)

Tiga komponen berkenaan pula, jika tidak dibuang daripada ginjal boleh menyebabkan pembentukan batu karang.

Justeru, herba misai kucing membantu merawat masalah batu karang, membersihkan saluran kencing dan sakit waktu hendak membuang air kecil di samping membantu mereka yang menghadapi masalah keputihan dan sakit sendi.

Minuman herba teh misai kucing adalah minuman seribu satu kegunaan yang effektif dan secara semulajadi berkesan menangani masalah penyakit-penyakit terutama masalah pundi kencing, kencing manis, sakit sendi, gout juga darah tinggi. Teh Misai Kucing seratus peratus bahan asli minuman kesihatan. Disediakan dalam bentuk uncang (tea bag). Amat sesuai dijadikan minuman seisi keluarga sebagai amalan pemakanan yang sihat.
p/s: teh ini juga aku selalu bekalkan kat emak
(terima kasih emak kerana sudi minum dan jadikan amalan)
jika aku diberi peluang untuk berangan..alangkah indahnya
dapat rumah dan tanah di bkt fraser atau cameron highland
dengan tanaman pokok misai kuching.