SURATAN ATAU KEBETULAN ...sesuatu yang tak disangka, seringkali mendatangi kita, itukah suratan dalam kehidupan, atau hanya satu kebetulan....



Saturday, March 26, 2011

MERPATI KU TERBANG JUA....



BELAJAR DARI KEHILANGAN.....

(Apa yang aku ditulis disini adalah hasil dari 7 sessi rawatan dari seorang Doktor Pakar Kaunseling yang aku hadiri dalam diam – terima kasih kerana mengingatkan/mengajar biarpun ini bukan kali pertama aku tempuh dan masih diberi peluang – kata2 nasihat yang berkeyakinan itu lebih bererti dari rasa sempati....)


Rasa kehilangan merupakan fitrah yang pasti dialami siapa saja. Tidak ada yang “mutlak benar dan mutlak salah” dalam soal rasa, merasa dan perasaan, termasuk rasa kehilangan. Mengatasi rasa kehilangan lebih tepat difokuskan kepada mengatasi rasa kecewa, rasa sedih dan rasa sesal karena kehilangan. Proses, waktu dan kesanggupan menyingkapi rasa kehilangan pada setiap orang memang berbeza-beza. Namun, setidaknya langkah-langkah berikut dapat kita lakukan untuk mengatasinya.(mampukah aku....)

Selalu ada hikmah disebalik setiap musibah, selalu ada kemudahan dalam kesulitan. Dengan menyedari, merenungi hal-hal di atas, kita biasa belajar banyak hal dari rasa kehilangan.(pastinya aku boleh lakukan)

Belajar menjadi peribadi yang lebih menghargai keberadaan sesuatu, kehadiran dan kebersamaan dengan seseorang dalam hidup kita, sehingga kita lebih mampu mengoptimakan dan menjaga kualiti kebersamaan itu. Belajar untuk lebih menghargai dan memanfaatkan waktu dengan baik. Waktu adalah kesempatan dan peluang yang tidak mungkin diulang kerana waktu berjalan ke depan, seiring pertambahan usia kita. Belajar untuk lebih menyedari bahwa kita tidak sempurna. Kita memerlukan kehadiran dan bantuan orang lain, sehingga kita lebih sering berintreksi, bermuhasabah ke dalam diri, bertanggungjawab atas apa yang kita miliki dan menghargai orang lain.
Belajar ikhlas menerima kenyataan hidup sebagai ujian, cubaan atau peringatan. Hidup tak selalu indah seperti yang kita inginkan. Allah SWT lebih menentukan, lebih mengerti apa yang kita inginkan dan apa yang terbaik untuk kita. Erti kehilangan baginya merupakan ujian keimanan, ujian atas cintanya kepada Allah SWT. Dalam diri kita harus bersedia dengan kehilangan kerana kita pun akan hilang dari kefanaan menuju keabadian. Semoga setiap kehilangan memberikan kita hikmah untuk lebih tabah menghadapi masalah dan sabar dalam berikhtiar, serta lebih meningkatkan kualiti diri kita. Insya Allah.

Kita yang merasa, kita pula yang menanggungnya. Yang hilang, biasa saja dicari dan dapatkan kembali atau diganti meskipun ertinya tak akan benar-benar sama. Walaupun demikian, keyakinan yang teguh, keihkhlasan dan kesabaran menjalani rasa kehilangan sangat penting untuk ditanamkan. Semua yang berbentuk pasti akan rosak, dan semua yang bernyawa pasti akan binasa. Ada yang hilang, akan ada juga yang datang. “Yang hilang biarkan menjadi kenangan” dan yang datang biasanya menjadi harapan kini dan masa depan.

Perbanyakkan zikir dan berdoa, serta hindari menyalahkan diri sendiri dan keadaan apalagi kehendak Yang Maha Berkuasa. Penyerahan dan kepasrahan diri kepada Allah SWT merupakan sebaik-baiknya ubat yang biasa menumbuhkan kesabaran, ketabahan dan keikhlasan hati menerima kenyataan. Jika kita mau belajar dan mau menyedari, selalu ada hikmah di balik setiap masalah. Memang tidak mudah merealisasikannya, lebih mudah membaca dan menuliskannya. Namun, semua yang kita lakukan memerlukan proses, waktu dan kemahuan yang kuat. Kehilangan pun merupakan bahagian dari proses perubahan dalam hidup kita, dari tiada menjadi ada kemudian tiada.

Sebaiknya, tetap lakukan kegiatan rutin sehari-hari agar fikiran dan perasaan kita tidak terfokus kepada kehilangan itu. Akan tetapi, sebaiknya tidak membuat keputusan atau hal-hal yang ternampak besar untuk kita dan orang lain di saat suasana hati dan fikiran tidak jernih.

Usahakan untuk tetap memberikan kekuatan bagi tubuh dengan makan makanan sihat, tidur cukup dan menghindari zat-zat berbahaya untuk tubuh, seperti alkohol. Memang sulit untuk tetap menjaga mood, nafsu makan dan hasrat tidur saat kita merasa sedih, tetapi kalau kita biarkan diri kita larut dan tenggelam, kita sendiri yang akan semakin kegawatan, hancur hati, fikiran kusut dan berserabut dan sakit2 badan.

Sesungguhnya memang sukar untuk melaksanakan apa yang dinasihatkan tapi dalam HATI itu yang akan, mesti dilakukan, tiada lagi air mata kesedihan, biarlah dan tinggalkan ia disatu sudut, ditutup dengan hari demi hari berganti dan masukkan kedalam kotak dan ditanam tanpa dapat dilihat dengan mata hati. Anggaplah ia sudah TIADA LAGI walau sebenarnya ADA. Biar berzaman, biar sampai kepenghujung nyawa jangan diratapi dan diingati lagi. Biar dianggap zalim tapi sebenarnya yang hilang itu lebih zalim lagi kerana sampai hatinya menghilangkan diri tanpa memikirkan perasaan orang lain dan akibat2nya….. Tutup buku…..tutup cerita dan jangan berpaling lagi...teruskan hidup, fikirkan diri tidak sendirian, Allah sentiasa ada dipihak yang benar.

Tuesday, March 1, 2011

AKU DAN KESIHATAN



Satu artikel biasa untuk peringatan diri sendiri (mungkin kerana berkerja dikelilingi doktor dan jururawat)

Orang kata kesejahteraan hidup bermula daripada tubuh badan sihat dan sempurna yang datangnya daripada amalan penjagaan kesihatan yang baik. Amalan penjagaan pula harus bermula seawal kelahiran hingga meningkat usia. Bagi merealisasikan tahap kesihatan terjamin, makanan, minuman dan hidup gaya sihat mesti menjadi amalan dalam kehidupan seharian.

Semua orang akan menjadi tua. Proses penuaan atau menjadi tua bermula dari seseorang itu dilahirkan. Setiap saat dan hari kita menjadi tua. Bagaimanapun, tidak semua orang menjadi tua dengan cara dan kadar yang sama. Ada orang kelihatan tua pada usia 60 tahun, tetapi ada juga yang berumur 80 tahun masih nampak muda dan sihat.

Berwajah tua atau muda tidak penting, perkara yang lebih penting adalah badan sihat dan tidak berpenyakit. Tapi adakah manusia yang sentiasa sihat dan tidak pernah dihinggapi penyakit??

Tekanan hidup menyebabkan seseorang itu lebih cepat nampak tua selain penyakit berbahaya yang dihidapi seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Tapi bagaimana pula kalau penyakit2 ini datangnya dari keturunan, dihindari macam mana pun ianya tetap ada dalam diri.

Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tua boleh dikategorikan kepada peringkat umur berikut. Pertama, awal tua berumur 65 hingga 74 tahun. Kedua, pertengahan tua berumur 75 hingga 84 tahun. Ketiga, akhir tua berumur 85 tahun ke atas.

Selain terdapat perubahan fisiologi iaitu rambut beruban, gigi longgar, fungsi buah pinggang atau hati berkurangan, tulang rapuh dan mudah patah atau arthritis dan sakit pinggang berterusan, serta keupayaan seks berkurangan. Tapi adakah semua itu menunjukkan berakhirnya hidup kita ??...

“Dari segi psikologi antara perubahan yang sering berlaku kepada warga emas adalah perasaan keseorangan dan kesunyian disebabkan kehilangan pasangan hidup, kehilangan teman, tidak ada minat dan hobi tertentu, berjauhan dengan anak dan kurang upaya untuk bergerak”

Seseorang itu harus memahami secara psikologi dan putaran alam. Kesihatan adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Proses menjadi tua adalah semula jadi dan berterusan yang dialami semua insan. Cepat atau lambatnya seseorang itu menjadi tua adalah berbeza. Cara yang baik untuk terus menjadi sihat dan cergas, walaupun usia sudah meningkat adalah dengan menjaga badan dan fikiran supaya selalu aktif. Bersenam, berenang dan berjoging adalah langkah terbaik untuk kekal muda.

Bagi mengekalkan kesihatan, pemakanan warga tua mesti seimbang, mudah dihadam dan lembut untuk dimakan. Minum enam hingga lapan gelas air kosong sehari. Empat komponen dalam pemakanan warga tua seperti bijirin (karbohidrat), protin, sayur-sayuran dan buah-buahan. Sayur-sayuran dan buah-buahan membekalkan vitamin A, vitamin C, asid folik, mineral dan serat. Daging (pilihan yang baik adalah daging tanpa lemak), ayam, ikan dan kekacang yang membekalkan protein, vitamin B dan mineral. Minum susu dan hasil tenusu (pilihan yang baik adalah susu dan hasil tenusu rendah lemak), membekalkan protein, kalsium, vitamin D, vitamin B2 dan magnesium. Elakkan makanan berlemak, berminyak dan terlalu manis.

Sebagai warga tua perlu selalu mengadakan pemeriksaan kesihatan berkala bagi mengetahui taraf kesihatan, mengesan penyakit lebih awal, mendapatkan rawatan dan mengelakkan penyakit lebih teruk dan peluang berbincang dengan doktor bagi memahami kesihatan. Senaman seperti berjoging, berenang dan sebagainya dapat meningkatkan kecergasan, keceriaan dan keyakinan diri selain menguatkan otot jantung dan paru-paru.

Melakukan senaman mesti mengikut kemampuan dan keupayaan diri. Cukup rehat dan tidur sangat penting bagi mengekalkan kesihatan.

Apa yang lebih penting dalam kehidupan wargatua ialah dikelilingi oleh ahli keluarga, keluarga yang sentiasa mengambil berat, seperti anak2 dan cucu2, tapi tidak bermaksud warga tua mengambil alih menjaga cucu dan sebagainya, Cuma yang penting jangan mengabai mereka..Biarpun sudah tua tapi mereka masih dikehendaki. Tidak perlu longgokkan wang ringgit atau sebagainya jika hati mereka sunyi sepi.