SURATAN ATAU KEBETULAN ...sesuatu yang tak disangka, seringkali mendatangi kita, itukah suratan dalam kehidupan, atau hanya satu kebetulan....



Saturday, February 13, 2016

I WHO HAVE NOTHING...HAPPY BIRTHDAY TO ME

I WHO HAVE NOTHING...HAPPY BIRTHDAY TO ME



Assalam....hari ini hari ulang tahun saya yang ke 62 tahun, tiada sambutan, tiada perayaan, tiada makan angin atau jalan2 cari makan, saya terperap dirumah bersama suami tercinta, tiada anak2 mengunjungi, malah tiada apa2 pun...malah saya tak punya harta yang melimpah ruah untuk dibanggakan kecuali saya bersyukur padaNya kerana diusia begini sayal diberi kesihatan yang baik, malah bertambah baik dari sebelumnya...Alhamdulillah syukur....mungkin itulah yang terbaik untuk saya untuk lebih mendekatiNya...mungkin nasib dan takdir ini tidak  pada orang lain, apa pun saya redha.


Hari ini juga bunga ros putih ini sudah berusia setahun dibawah jagaan saya, dibeli ketika saya bercuti sempena ulangtahun saya yang lepas bersama emak, saya tanam dan menjaga hinga dia berbunga kembang, sepanjang untuk sampai setahun bertukar musim bunga ros ni sentiasa berbunga, hinggalah sesuatu "malang tidak berbau" saya tidak lagi bersama emak, tidak lagi menjaganya, dan tidak lagi tinggal bersamanya, saya kembali semula kerumah dan meninggal pasu bunga ros putih ini tanpa dijaga, dan akhirnya hidupnya mati segan tak mau, nasib baik saya sempat mengambilnya kembali, biarpun harapan untuk dia segar tak mungkin pulih, puas dibaja, dibelai, ternyata ros putih ini terus kurus mengering. Saya  tak putus asa, terus menanti, dan akhirnya tanpa disangka, dia masih berbunga biarpun sekuntum hari ini , terima kasih cik bunga ros, seolah satu pemberian hadiah untuk saya pengemar bunga ros (hmmm masa muda2 dulu yg memikat rajin sangat hantar bunga ros, bila dah tua2 ni nampak gaya tanam sendirilah)


Terima kasih ros putih, biar pun kecil ianya masih memberi harapan, semoga kembang mekar dan terus hidup.  Saya sabar menanti.

Cerita ini sebenarnya membayangkan kehidupan saya, bagi yang faham, bagi yang tidak anggap sajelah cerita basi, atau apa saja...saya tetap saya, dengan kehidupan saya, cara hidup saya.  Saya percaya padaNya, dia yang menentukan apa terbaik, apa pembalasan dan apa saja dalam kehidupan ini. Syukur padaNya kerana saya tetap saya, pendirian saya.  Sempena ulangtahun saya, saya pohon ribuan ampun maaf, pada keluarga saya, kerana yang buruk dan tak baik itu datang dari saya, yang baik-baik itu untuk anda semua.  Pada anak2 saya (hmm macam ramai sangat) walhal saya mempunyai dua orang anak perempuan yang sudah punya keluarga mereka sendiri..Tak mengapa, semoga kamu berdua bahagia menjalani kehidupan sendiri. Hidup ini terlalu keras dan sukar, ada turun naiknya,  semoga kamu berjaya mengharunginya....Mama doakan yang terbaik untuk semua biarpun bagi kamu mama bukan ibu terbiak untuk kamu. Terima kasih semua....happy birthday to me :-)

1 comment:

  1. Selamat ulang tahun kak Nora. Apa pun kita doakan yang terbaik buat semua. Semuga hari-hari yang mendatang membawa kebahagiaan hendaknya. Semuga Allh jaga akak sekeluarga. Aamin

    ReplyDelete