SURATAN ATAU KEBETULAN ...sesuatu yang tak disangka, seringkali mendatangi kita, itukah suratan dalam kehidupan, atau hanya satu kebetulan....
Tuesday, March 1, 2011
AKU DAN KESIHATAN
Satu artikel biasa untuk peringatan diri sendiri (mungkin kerana berkerja dikelilingi doktor dan jururawat)
Orang kata kesejahteraan hidup bermula daripada tubuh badan sihat dan sempurna yang datangnya daripada amalan penjagaan kesihatan yang baik. Amalan penjagaan pula harus bermula seawal kelahiran hingga meningkat usia. Bagi merealisasikan tahap kesihatan terjamin, makanan, minuman dan hidup gaya sihat mesti menjadi amalan dalam kehidupan seharian.
Semua orang akan menjadi tua. Proses penuaan atau menjadi tua bermula dari seseorang itu dilahirkan. Setiap saat dan hari kita menjadi tua. Bagaimanapun, tidak semua orang menjadi tua dengan cara dan kadar yang sama. Ada orang kelihatan tua pada usia 60 tahun, tetapi ada juga yang berumur 80 tahun masih nampak muda dan sihat.
Berwajah tua atau muda tidak penting, perkara yang lebih penting adalah badan sihat dan tidak berpenyakit. Tapi adakah manusia yang sentiasa sihat dan tidak pernah dihinggapi penyakit??
Tekanan hidup menyebabkan seseorang itu lebih cepat nampak tua selain penyakit berbahaya yang dihidapi seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Tapi bagaimana pula kalau penyakit2 ini datangnya dari keturunan, dihindari macam mana pun ianya tetap ada dalam diri.
Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tua boleh dikategorikan kepada peringkat umur berikut. Pertama, awal tua berumur 65 hingga 74 tahun. Kedua, pertengahan tua berumur 75 hingga 84 tahun. Ketiga, akhir tua berumur 85 tahun ke atas.
Selain terdapat perubahan fisiologi iaitu rambut beruban, gigi longgar, fungsi buah pinggang atau hati berkurangan, tulang rapuh dan mudah patah atau arthritis dan sakit pinggang berterusan, serta keupayaan seks berkurangan. Tapi adakah semua itu menunjukkan berakhirnya hidup kita ??...
“Dari segi psikologi antara perubahan yang sering berlaku kepada warga emas adalah perasaan keseorangan dan kesunyian disebabkan kehilangan pasangan hidup, kehilangan teman, tidak ada minat dan hobi tertentu, berjauhan dengan anak dan kurang upaya untuk bergerak”
Seseorang itu harus memahami secara psikologi dan putaran alam. Kesihatan adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Proses menjadi tua adalah semula jadi dan berterusan yang dialami semua insan. Cepat atau lambatnya seseorang itu menjadi tua adalah berbeza. Cara yang baik untuk terus menjadi sihat dan cergas, walaupun usia sudah meningkat adalah dengan menjaga badan dan fikiran supaya selalu aktif. Bersenam, berenang dan berjoging adalah langkah terbaik untuk kekal muda.
Bagi mengekalkan kesihatan, pemakanan warga tua mesti seimbang, mudah dihadam dan lembut untuk dimakan. Minum enam hingga lapan gelas air kosong sehari. Empat komponen dalam pemakanan warga tua seperti bijirin (karbohidrat), protin, sayur-sayuran dan buah-buahan. Sayur-sayuran dan buah-buahan membekalkan vitamin A, vitamin C, asid folik, mineral dan serat. Daging (pilihan yang baik adalah daging tanpa lemak), ayam, ikan dan kekacang yang membekalkan protein, vitamin B dan mineral. Minum susu dan hasil tenusu (pilihan yang baik adalah susu dan hasil tenusu rendah lemak), membekalkan protein, kalsium, vitamin D, vitamin B2 dan magnesium. Elakkan makanan berlemak, berminyak dan terlalu manis.
Sebagai warga tua perlu selalu mengadakan pemeriksaan kesihatan berkala bagi mengetahui taraf kesihatan, mengesan penyakit lebih awal, mendapatkan rawatan dan mengelakkan penyakit lebih teruk dan peluang berbincang dengan doktor bagi memahami kesihatan. Senaman seperti berjoging, berenang dan sebagainya dapat meningkatkan kecergasan, keceriaan dan keyakinan diri selain menguatkan otot jantung dan paru-paru.
Melakukan senaman mesti mengikut kemampuan dan keupayaan diri. Cukup rehat dan tidur sangat penting bagi mengekalkan kesihatan.
Apa yang lebih penting dalam kehidupan wargatua ialah dikelilingi oleh ahli keluarga, keluarga yang sentiasa mengambil berat, seperti anak2 dan cucu2, tapi tidak bermaksud warga tua mengambil alih menjaga cucu dan sebagainya, Cuma yang penting jangan mengabai mereka..Biarpun sudah tua tapi mereka masih dikehendaki. Tidak perlu longgokkan wang ringgit atau sebagainya jika hati mereka sunyi sepi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment