SURATAN ATAU KEBETULAN ...sesuatu yang tak disangka, seringkali mendatangi kita, itukah suratan dalam kehidupan, atau hanya satu kebetulan....



Thursday, February 16, 2012

MAMA, SAYA BALIK ... ...

Hari Khamis, 9 Februari 2012 yang bersejarah. Sejak dua tiga hari sebelumnya, saya sendiri sering mengalami debaran di dada dan ketidaktenteraman di hati, yang saya sendiri tidak tahu sebab musabab dan asal usulnya. Ia membuatkan saya tidak tentu arah, malah isteri saya “bersimpati” dengan keadaan saya sedemikian.

Dalam pada masa saya memikirkan apakah debaran ini akan berpanjangan, handphone saya berdering. Apabila dilihat nama pemanggilnya, ia membuatkan saya tertanya apakah ini yang menyebabkan saya keresahan? Apakah benar ia yang menalipun saya pada ketika ini? Apabila saya menjawab panggilannya, lantas kedengaran pertanyaan “Abah sihat?”. Sememangnya saya “sihat” dan tanpa disedari, air mata yang mengiringi kerinduan turut sama menyokong saya.

Berlanjutanlah perbualan itu sehingga agak lama juga, dari satu perkara ke perkara yang lain, dan terzahirlah keceriaannya yang sudah lama tidak kedengaran. Di akhir perbualan, saya memintanya supaya menghubungi ibunya yang senantiasa menanti berita dan suaranya. Dia berjanji akan berbuat demikian, dan menyatakan akan balik dalam sehari dua berikutnya. Dari kata-katanya, saya nampak keikhlasan dihatinya yang juga merindui kami.

Detik-detik yang menjadi kenangan … …


Akhirnya, setelah sekian lama, kami menjemputnya
di Terminal Putra Gombak pada Sabtu, 11 Februari 2012.


Dengan senyum ia memeluk Mamanya,
betapa rindunya kami tiga beranak.


Hari kesampaiannya, Mama belikan Pizza kegemarannya,
dan kami menjamu selera bersama.


Ketika mengunjungi Pasar Malam …

Apa tengok-tengok! nak beli, beli ajelah…

Wow… Terkejut besar!
Tutup…

Pilih... pilih... biasalah, Mama bayar…

Lewat malamnya kami mengunjungi Uptown Seri Gombak


Sambil mendengar “Kira-OK”, berborak dengan Mama

Pada 14 Februari 2012, kami menghantar anak yang dikasihi ke Pejabatnya di MGCC, Bukit Jelutong.

Breakfast di kedai mamak berhampiran MGCC

Lepas breakfast, Mama hantar ke depan pejabat MGCC.
"Selamat menjalankan tugas, sehingga bertemu kembali ...."

Kami bersyukur ke hadrat Allah swt kerana menemukan kembali kami dengan anak kesayangan kami. Mudah-mudahan kedamaian ini akan kekal sepanjang hidup kami, Insyaallah.

Nota Kaki: Artikel ini disediakan selepas menghantar Fifi ke Pejabat tapi belum di “publish”. Dalam pada itu, Fifi juga menyediakan catatannya sendiri dan dipamerkan dalam blognya. Gambar-gambar hampir sama tapi tak serupa, yang pasti sama ialah kenangan.



No comments:

Post a Comment