SURATAN ATAU KEBETULAN ...sesuatu yang tak disangka, seringkali mendatangi kita, itukah suratan dalam kehidupan, atau hanya satu kebetulan....



Tuesday, March 1, 2011

AKU DAN KESIHATAN



Satu artikel biasa untuk peringatan diri sendiri (mungkin kerana berkerja dikelilingi doktor dan jururawat)

Orang kata kesejahteraan hidup bermula daripada tubuh badan sihat dan sempurna yang datangnya daripada amalan penjagaan kesihatan yang baik. Amalan penjagaan pula harus bermula seawal kelahiran hingga meningkat usia. Bagi merealisasikan tahap kesihatan terjamin, makanan, minuman dan hidup gaya sihat mesti menjadi amalan dalam kehidupan seharian.

Semua orang akan menjadi tua. Proses penuaan atau menjadi tua bermula dari seseorang itu dilahirkan. Setiap saat dan hari kita menjadi tua. Bagaimanapun, tidak semua orang menjadi tua dengan cara dan kadar yang sama. Ada orang kelihatan tua pada usia 60 tahun, tetapi ada juga yang berumur 80 tahun masih nampak muda dan sihat.

Berwajah tua atau muda tidak penting, perkara yang lebih penting adalah badan sihat dan tidak berpenyakit. Tapi adakah manusia yang sentiasa sihat dan tidak pernah dihinggapi penyakit??

Tekanan hidup menyebabkan seseorang itu lebih cepat nampak tua selain penyakit berbahaya yang dihidapi seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Tapi bagaimana pula kalau penyakit2 ini datangnya dari keturunan, dihindari macam mana pun ianya tetap ada dalam diri.

Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tua boleh dikategorikan kepada peringkat umur berikut. Pertama, awal tua berumur 65 hingga 74 tahun. Kedua, pertengahan tua berumur 75 hingga 84 tahun. Ketiga, akhir tua berumur 85 tahun ke atas.

Selain terdapat perubahan fisiologi iaitu rambut beruban, gigi longgar, fungsi buah pinggang atau hati berkurangan, tulang rapuh dan mudah patah atau arthritis dan sakit pinggang berterusan, serta keupayaan seks berkurangan. Tapi adakah semua itu menunjukkan berakhirnya hidup kita ??...

“Dari segi psikologi antara perubahan yang sering berlaku kepada warga emas adalah perasaan keseorangan dan kesunyian disebabkan kehilangan pasangan hidup, kehilangan teman, tidak ada minat dan hobi tertentu, berjauhan dengan anak dan kurang upaya untuk bergerak”

Seseorang itu harus memahami secara psikologi dan putaran alam. Kesihatan adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Proses menjadi tua adalah semula jadi dan berterusan yang dialami semua insan. Cepat atau lambatnya seseorang itu menjadi tua adalah berbeza. Cara yang baik untuk terus menjadi sihat dan cergas, walaupun usia sudah meningkat adalah dengan menjaga badan dan fikiran supaya selalu aktif. Bersenam, berenang dan berjoging adalah langkah terbaik untuk kekal muda.

Bagi mengekalkan kesihatan, pemakanan warga tua mesti seimbang, mudah dihadam dan lembut untuk dimakan. Minum enam hingga lapan gelas air kosong sehari. Empat komponen dalam pemakanan warga tua seperti bijirin (karbohidrat), protin, sayur-sayuran dan buah-buahan. Sayur-sayuran dan buah-buahan membekalkan vitamin A, vitamin C, asid folik, mineral dan serat. Daging (pilihan yang baik adalah daging tanpa lemak), ayam, ikan dan kekacang yang membekalkan protein, vitamin B dan mineral. Minum susu dan hasil tenusu (pilihan yang baik adalah susu dan hasil tenusu rendah lemak), membekalkan protein, kalsium, vitamin D, vitamin B2 dan magnesium. Elakkan makanan berlemak, berminyak dan terlalu manis.

Sebagai warga tua perlu selalu mengadakan pemeriksaan kesihatan berkala bagi mengetahui taraf kesihatan, mengesan penyakit lebih awal, mendapatkan rawatan dan mengelakkan penyakit lebih teruk dan peluang berbincang dengan doktor bagi memahami kesihatan. Senaman seperti berjoging, berenang dan sebagainya dapat meningkatkan kecergasan, keceriaan dan keyakinan diri selain menguatkan otot jantung dan paru-paru.

Melakukan senaman mesti mengikut kemampuan dan keupayaan diri. Cukup rehat dan tidur sangat penting bagi mengekalkan kesihatan.

Apa yang lebih penting dalam kehidupan wargatua ialah dikelilingi oleh ahli keluarga, keluarga yang sentiasa mengambil berat, seperti anak2 dan cucu2, tapi tidak bermaksud warga tua mengambil alih menjaga cucu dan sebagainya, Cuma yang penting jangan mengabai mereka..Biarpun sudah tua tapi mereka masih dikehendaki. Tidak perlu longgokkan wang ringgit atau sebagainya jika hati mereka sunyi sepi.

Monday, February 28, 2011

KAU YANG BERGELAR SUAMI....



Ketika separuh jiwaku pergi
Kau yang selalu menghiburkan ku
Dengan alunan ayat-ayat al-quran……..Subhanallah...
Dengan zikir-zikir munajat……..Alhamdulillah....
Dengan surah-surah syahdu yang dihafazmu....
Ketika aku tenggelam punca……..
Kau menasihati ku supaya mengingati Dia
Ketika aku sedang asyik berendam air mata
Kau menyedarkan aku bertapa lamanya aku terleka
Ketika lidah ku kelu…..kau hadiahkan naskah-naskah Allah
Takkala kapal kita dialun ombak dan badai
Kau tak jemu terus memandu……..
Hingga kau kelihatan penat melayan kerenahku
Andai waktu itu mampu aku takluk……
Ingin aku bercerita pada seluruh alam
Keagungan kasih sayang dan cintamu
Dan selautan rindu ini
Hanya untuk mu…..

Sunday, February 27, 2011

MIMPI HITAM YANG TIDAK DIUNDANG



Bersama mimpi hitam yang pekat
Bersama wajah-wajah yang dahsyat
Biarkanlah terbang anganku…
Melintasi indahnya cakrawala…
Membelah barisan awan hitam,
Yang menggumpal membentuk takdirku….
Menembus angin yang berhembus,
ditepi bukit-bukit yang tandus
Mencari dan menggapai rasa,
Cuba meraih cita-cita yang tertunda…
Ku simpan penantian panjang,
Dengan segala cerita yang dusta…..
Lukaku yang tergores dalam,
Mendatangkan sejuta rasa pilu.
Perit yang menghiris hadirkan tangisan rindu..
Tangisku, tangisan seribu rindu,
Rintih hatiku, rintihan penuh syahdu..
Lupa sudah waktu yang melewati.
Menanti mimpi dalam gelap malam.
Menunggu sececah cahaya.
Membelai hatiku yang kosong
Dicelah-celah bukit yang tinggi menggunong
Mengharap ada air yang menerjun tinggi
Biar kembali hatiku yang bergetar
Biar kembali cerah mimpi-mimpi
Aku akan sabar terus menanti….



27/2/2011 (Kg.Baru Bentong)
Emak: bila kau akan bersara
Aku: hanya tinggal setahun lagi
Emak: Lepas tu kau akan teruskan cita2 kau ke
Aku: Tidak lagi kerana segala2nya telah hancur berkecai dan berakhir..biarlah masa menentukan

Thursday, February 24, 2011

CURAHAN HATI MAMA




Apabila mama sudah tua, sudah bukan mama yang dulu, harap mengertilah mama, hadapilah mama dengan sabar. Apabila mama dengan tidak sengaja tumpahkan minuman di badan sendiri, apabila mama lupa bagaimana untuk memakai baju, fikirkanlah dulu waktu kamu kecil bagaimana mama mengajarkan kamu dengan sabar untuk semua itu.
Apabila mama berkali-kali bertanya dengan pertanyaan yang telah membuat kamu bosan, harap kamu dapat bersabar dan mendengarkan kata-kata mama, jangan putuskan pembicaraan mama, waktu kamu kecil, mama tidak dapat untuk mengulang cerita untuk kamu sampai beribu kali, sampai kamu tertidur dengan lelap…
Apabila mama perlu kamu untuk memandikan mama, tolong jangan kasar terhadap mama, masih ingatkah waktu kamu kecil, dengan berbagai cara mama memujuk kamu hanya sekadar untuk memandikan kamu… masih ingatkah kamu akan hal itu ?
Apabila apapun yang mama lakukan salah, tolong jangan ketawa dan salahkan mama, fikirkanlah dulu mama dengan sabar menjawab pertanyaan kamu di waktu kecil juga sering diawali dengan kata “kenapa”, “mengapa”….
Apabila diwaktu mama sudah tak mampu untuk bergerak, berjalan, mama berharap kamu mahu menghulurkan tangan kamu untuk menolong dan memapah mama, seperti mana waktu kamu kecil belajar berjalan, mama menjaga setiap langkah kakimu…
Kasih, Sayangilah mama, Cintailah mama……
Apabila mama sudah nyanyuk, sering lupa dengan topik perbicaraan kita, tolong berikan mama waktu untuk mengingat kembali, sebenarnya bagi mama, apapun yang dibicarakan itu tidaklah penting, asalkan kamu ada disamping mama untuk menemani mama dan jadi pendengar, mama sudah puas…
Apabila kamu telah melihat mama yang sudah tua, jangnlah kamu bersedih, mama hanya berharap kamu dapat bersabar dengan mama, memahami mama, ingatlah bagaimana dulu waktu kamu kecil, mama mengasuh kamu dengan penuh kesabaran, memahami, dan memberikan yang terbaik buat kamu…
Apabila dulu mama telah memberikan kamu kehidupan, menjadikan kamu manusia yang berguna, serta menemani kamu melalui waktu sampai sekarang ini dan sekarang kamu harus menemani jalanku sampai detik terakhir, mama berharap kamu dapat memberi mama kasih sayangmu dan senyumanmu, berilah mama kesabaran dan ketabahanmu untukku, maka mama sudah berterima kasih atas semua ini…
Bolehkah sayang !!!!.....janji dengan mama !!!...tidak menghampakan mama yang sudah tidak punya apa2 lagi……..

Monday, February 21, 2011

ANTARA IBU DAN ANAK





Orang kata aku lahir dari perut mama
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mama
Bila lapar, yang suapkan aku....mama
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mama
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....mama
Bila bangun tidur, aku cari....mama
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mama
Bila nak bermanja, aku dekati....mama
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mama
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mama
Bila nakal, yang memarahi aku....mama
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mama
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mama
Bila takut, yang tenangkan aku....mama
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mama
Aku selalu teringatkan ....mama
Bila sedih, aku mesti talipon....mama
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mama
Bila bengang.. aku suka luah pada..mama
Bila takut, aku selalu panggil... "mamaaaaaaa”
Bila sakit, orang paling risau adalah....mama
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mama
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mama
Bila ada masalah, yang paling risau.... mama
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mama
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mama
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mama
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mama
Yang selalu berleter kat aku...mama
Yang selalu puji aku....mama
Yang selalu nasihat aku....mama
Bila ada boyfriend..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mama


Bila aku sudah ada pasangan

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mama

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mama

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....mama

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mama

Bila sambut valentine. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... mama ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mama

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk mama


Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mama?
mama bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada............
MAMAAAAA...RINDU MAMA.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyangkan JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Friday, February 18, 2011

YANG BERNAMA HATI


Hati dan perasaan !!!!!
Siapa yang tak menjaga perasaan siapa
Siapa yang melukakan hati siapa
Siapa yang memulakan angkara
Nak kata apa......untuk pertahankan siapa
Layak ke untuk membicarakannya
Atau melempar tuduhan sedemikian rupa
Esok entah apa-apa......itu memang tidak diduga
Tapi salahkah apa dikata........
Kerana tahu yang dibuat tidak kena
Tolonglah hormati akan pandangannya
Orang tua ada firasat dan taksirannya
Tangan itu yang pernah menyuap
Tangan itu yang pernah memimpin
Malah tangan itu tidak pernah meminta2
Masakan tangan itu mahu melontar kejurang dalam...........
Dan tangan tua itu tidak pernah membuang
Biarpun mulut marah kerana geram
Didalam hati masih kasih, rindu menggunung
Biarpun jiwa raganya hancur luluh dan berkecai
Air matanya sudah kering, tidak lagi berderai...

Friday, December 31, 2010

SELAMAT TAHUN BARU - 2011




DEMI masa yang terus berlalu, tahun berganti lagi, selamat tinggal tahun 2010, tahun yang penuh sejarah hitam, tahun yang penuh malang bagi diri aku dan juga dalam rumahku.

Sejenak untuk mengimbau kenangan pahit ini. Ianya sudah nampak di awal tahun 2010 lagi akan tanda-tandanya cuma aku tidak mengambil endah atau berkira sangat, masih bertahan dengan seribu kerenah, masih cuba bertahan dengan seribu rentak dan tarinya. Semakin lama akhirnya retak itu semakin membelah dan akhirnya hancur berkecai. Hilang segala kepercayaan, kejujuran bila ditipu dan dipermainkan oleh orang yang kita percaya dan sayang. Biarlah waktu dan kenangan pahit itu terus berlalu dan meninggalkan parut dan kesan yang begitu mendalam. Hingga kini "keserabutan" itu masih ada, masih tidak nampak jalan penghujungnya, dan dia juga nampaknya sudah tidak tahu jalan pulang, tapi jauh disudut hati masih mengharap dan berdoa, mengharap keajaiban berlaku. Mengharap dia kembali dalam keadaan diri dia sendiri, sebagaimana dia keluar dari rumah empat bulan dulu, tiada ikatan dengan orang lain, bukan pulang untuk memohon maaf sekadar ucapan setelah membuat silap( maaf kerana aku bukan seorang yang senang memberi maaf kerana selama 25 tahun segala silapnya yang berat aku selalu maafkan, tapi tidak kali ini) Semoga tuhan memberi kekuatan untuk menempuh hari-hari mendatang, hari-hari yang bakal aku akan lalui menuju "pesaraan"ku, mohon diberi tuhan akan ketenangan kedamaian dan kesihatan yang baik. Biarpun segala harapan aku punah dan hancur, biarpun segala rancangan "persaraan" ku berderai, harapan tinggal harapan dan masih adakah sinar yang bakal menanti ditahun 2011 atau adakah aku masih keseorangan begini, merintih dan merayu.....Ya Allah Ya Tuhanku, Kau Yang Maha Mengetahui lagi Maha Pengampun, hanya pada Kau aku berserah....








p/s: hanya aku, kau dan dia yang tahu apa sebenarnya, aku tidak mampu melawan takdir, rasa kesal dihatiku sungguh mendalam, segala pengorbananku sia-sia, tinggal sedikit lagi usahaku tapi siapa sangka, akhirnya aku kecundang....kemaafan yang tidak terampun...jika itu yg kau pinta..