Masa kecil tangan yg berkedut dan kurus itu memangku dan mendodoikan aku
Tapak tangan yang berkedut seribu ini dulu juga yang menyuap makan kepada ku
Nostalgia – Bab 1
“OH IBUUUUU … … … …”
Begitulah jeritan oleh “Mamat” dalam menyampaikan lagu yang sama tajuknya. Banyak lagi lagu-lagu yang disampaikan oleh penyanyi tempatan yang memuji dan menyanjung “Ibu”. Dan sempena dengan sambutan “Hari Ibu”, aku tidak berpeluang menghantar “kad ucapan”, atau “bunga” kepadanya, tidak juga menghantar sesuatu melalui blog ini, seperti gambar “teko” yang diminatinya, tak mungkin, kerana ibu aku tidak tahu menggunakan komputer!! Tetapi aku berkesempatan bersama ibu aku untuk beberapa hari yang lepas kerana ibu aku kini sedang uzur.
Kalau mengikut Kad Pengenalan, umur ibu aku adalah dalam lengkongan 91 tahun. Masa dulu kala, umur seseorang diukur dengan menggunakan sebelah tangan menjangkau diatas kepala ke hujung telinga disebelahnya, dan jika sampai, anggaran umur anak itu adalah lebih kurang 6 tahun dan sudah boleh bersekolah. Begitulah seterusnya, dan jika tak sampai, pastinya anak itu belum mencapai umur yang boleh melayakkan anak itu bersekolah. Aku tahu cara ni dari Allahyarham ayahanda aku, seorang guru dizamannya, dan anda boleh cuba kebenarannya.
Seminggu aku berkunjung ke rumah abang sulong aku menjengok ibu yang keuzuran. Bersamanya, melayani keperluannya, memberi ubat yang lazim dimakannya, menyuapkan makan minumnya, atau mempastikan keperluannya disepanjang hari. Disini, emak aku tidak akan keseorangan kerana anak, cucu dan cicitnya yang ramai ada bersama selain dari “bibik” yang membantu.
Kesedihan melihat “orang tua” aku ni membuatkan aku teringat berbagai kenangan. Tidak sedar aku menyatakan kepadanya “Terima kasih mak, kerana membesarkan saya, menjaga dan menyediakan keperluan saya dari saya kecil hingga dewasa, maafkan segala kesalahan saya”. Mak aku hanya tersenyum, dan aku faham betapa besarnya pengorbanan seorang ibu.
Begitulah pengorbanan seorang “Ibu” membesarkan anaknya, dari sekecil bayi, menyuapkan “titisan susu”, menukar lampin yang pastinya “berbau” tetapi tetap “wangi” dengan kasih sayang seorang ibu.
Menyebut perihal “pengorbanan dan kedudukan seorang ibu” aku teringat akan satu hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, dimana seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w. “Siapakan yang paling berhak dihormati” dan untuk ini, Baginda menjawab “Ibu mu”. Lelaki itu kembali bertanya “Kemudian siapa?” Nabi menjawab “Ibu mu”. Lelaki itu terus bertanya, “Kemudian siapa?” Nabi menjawab lagi, “Ibu mu”. Sekali lagi lelaki itu bertanya “Kemudian siapa lagi?” Nabi menjawab pula, “Kemudian bapa mu”.
Melihat keuzurannya, aku sendiri sering mengeluarkan air mata, cuma aku cuba mengelak dari dilihatnya. Tangannya inilah yang membesarkan aku dan semua anak-anaknya, dari abang aku yang sulong hinggalah kepada adik aku yang bongsu, seramai 12 orang semuanya. Tiga (3) anak-anaknya yang meninggal dunia iaitu seorang abang (yang dikatakan begitu faseh mengaji Quran), seorang kakak dan seorang adik aku. Al-Fatihah....
Tangan inilah yang memasak untuk kami semua, tangan inilah juga menjaga kebersihan dan keperluan kami. Aku tetap ingat, tangan inilah juga yang “merotan” aku jika aku melakukan sebarang kesalahan yang akan menjadi ingatan dan teladan bagi aku sepanjang hayat aku. Aku juga ingat, tangan inilah juga mengusap kepala aku ketika aku sakit “demam panas” ketika aku masih anak-anak.
Aku balek ke Kuala Lumpur kerana urusan keluarga, dan aku akan kembali semula mengunjungi ibu yang aku kasihi, untuk melihat dan bersama-nya, membacakan Surah Yaasin untuknya, selagi hayatnya masih ada, Insya-Allah.
... ... ... bersambung

No comments:
Post a Comment